Salam ...
" ... dalam ketawa ada duka ,
dalam duka ada kecewa ,
dalam kecewa ada luka ,
dalam luka ada sedih ,
dalam sedih ada sendu ,
dalam sendu ada tangisan ,
dalam tangisan ada air mata ... "
" ... dalam hati hanya ALLAH s.w.t sahaja yang tahu ... T____T ... "
Ape khabar kengkawan .. Tajuk pon dah sentap dik non .. Pasai pa cek ?? Sapa buat cek ??
hurm ... Entry kali ni boleh dikategorikan sebagai luahan perasaan la jugak kan .. Awak semua , saya tengah terluka .. Sangat sedih .. Kenapa ? Sebab saya terkecil hati ... Tapi kecik hati sebab apa ?? Erm .. Entah lah ..
Kenapa yea dia ni tak pernah nak fikirkan perasaan orang lain masa meluahkan kata-kata ?? Dia tak tahu ke yang akan ada insan yang akan berasa hati dengan apa yang dia cakap ? Dia tak rasa bersalah ke hah bila dah keluarkan kata-kata yang menyakitkan hati orang lain tu ? Kenapa mesti nak meluahkan kata-kata yang menyakitkan hati orang lain ? Kenape weyh ???!!! Walau dia tak tuju terus pada orang yang dia nak maksudkan tu pon orang tu dah boleh rasa ... Kenapa mesti dia nak sakitkan hati orang ?? Sebab dia rasa puas yea melihat kekecewaan orang lain ??
Tahniah weyh atas kemenangan EQ ( Emotional Quotient ) kau ... Semoga kau bahagia lah selalu ... Terima kasih la wahai manusia ...
Jadi , kepada mereka yang kecewa , sakit hati , kecil hati dengan apa pun yang terjadi , nih aku nak share sikit petua yang boleh mengubat hati korang tu .. ( hati aku skali la .. hehe ... ) .. Cekidaut !!
1. Tarik Nafas
Ingat lagi bagaimana anda bersenam di waktu pagi semasa bersekolah dahulu? Ingat lagi bagaimana kita memulakan senaman dengan menarik nafas dengan kaedah yang betul? Gunakan teknik ini untuk mula mengosongkan fikiran anda.
2. Ambil Wudhuk
Mengambil wudhuk boleh menenangkan fikiran. Kembali kepada fitrah manusia dapat memantapkan lagi rohani kita dan air yang bersih boleh mengembalikan kita kepada fitrah kejadian. Air yang segar dapat memberi tenaga dan fokus yang diperlukan dan wajah akan pasti kembali ceria.
3. Tulis
Ada banyak perkara yang bermain di dalam fikiran anda. Anda perlu mengenalpasti apa sebenarnya yang anda fikirkan untuk membolehkan minda mengurus perkara-perkara ini. Cara yang paling mudah adalah dengan menulis satu-persatu apa yang anda sedang fikirkan. Jangan cuba untuk mengenalpasti kategori perkara-perkara ini dahulu, teruskan sahaja menulis.
4. Berkongsi Masalah
Jangan simpan permasalahan anda. Jika anda mempunyai kekasih atau seseorang yang penting dalam hidup anda, berkongsilah masalah anda dengan mereka. Mendengar masalah orang lain juga dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah anda sendiri. Kadang-kadang kita tidak sedar tentang sesuatu yang lebih baik sebagai jalan penyelesaian. Dengarlah dan berbicaralah dengan hati dan minda yang terbuka.
5. Cukup Rehat dan Tidur
Dengan memejamkan mata, atau memandang jauh ke arah kehijauan alam akan dapat memberi anda perasaan yang tenang. Tidur yang tidak cukup bermakna minda anda tidak mendapat rehat yang secukupnya. Sebab itu minda anda liar berfikir. Pejamkan mata untuk seketika di waktu rehat anda, atau keluar ambil angin dalam keadaan yang selesa dan positif.
6. Lepaskan
Anda risau tentang sesuatu? Anda rasa tidak puas tentang apa yang telah anda lakukan? Rasa marah? Berdendam? Tertekan? Cara yang paling mudah untuk mengosongkan fikiran yang berserabut adalah dengan mengalah dan melepaskan. Kita perlu menjadi seorang yang berjiwa mantap dan tegas dalam mengawal perasaan untuk membolehkan diri maju ke hadapan. Walaupun perasaan-perasaan ini adalah semulajadi, tetapi kebanyakannya adalah tidak menguntungkan.
Selamat Menenangkan Hati !
* photos taken from google image *