Nuffnang Ads

Monday, January 23, 2012

Worless Monday



* photo taken from google image *
*kredit to : dreamstime.com*

Friday, January 20, 2012

Friday Confectionery


"... Manusia,dagingnya x dimakan,kulitnya x dipakai,
apa yang lebihnya selain kemanisan lidah n keindahan aqal ... "

* taken from My Tazkirah *

Monday, January 16, 2012

Wordless Monday




* photo taken from google image *

Tuesday, January 10, 2012

Hati Yang Kau Sakiti

Salam ...

"  ... dalam ketawa ada duka ,
dalam duka ada kecewa , 
dalam kecewa ada luka ,
dalam luka ada sedih ,
dalam sedih ada sendu ,
dalam sendu ada tangisan ,
dalam tangisan ada air mata ... "

" ... dalam hati hanya ALLAH s.w.t sahaja yang tahu ... T____T  ... "


Ape khabar kengkawan .. Tajuk pon dah sentap dik non .. Pasai pa cek ?? Sapa buat cek ?? 
hurm ... Entry kali ni boleh dikategorikan sebagai luahan perasaan la jugak kan .. Awak semua , saya tengah terluka .. Sangat sedih .. Kenapa ? Sebab saya terkecil hati ... Tapi kecik hati sebab apa ?? Erm .. Entah lah .. 

Kenapa yea dia ni tak pernah nak fikirkan perasaan orang lain masa meluahkan kata-kata ?? Dia tak tahu ke yang akan ada insan yang akan berasa hati dengan apa yang dia cakap ? Dia tak rasa bersalah ke hah bila dah keluarkan kata-kata yang menyakitkan hati orang lain tu ? Kenapa mesti nak meluahkan kata-kata yang menyakitkan hati orang lain ? Kenape weyh ???!!! Walau dia tak tuju terus pada orang yang dia nak maksudkan tu pon orang tu dah boleh rasa ... Kenapa mesti dia nak sakitkan hati orang ?? Sebab dia rasa puas yea melihat kekecewaan orang lain ?? 

Tahniah weyh atas kemenangan EQ ( Emotional Quotient ) kau ...  Semoga kau bahagia lah selalu ... Terima kasih la wahai manusia ... 


Jadi , kepada mereka yang kecewa , sakit hati , kecil hati dengan apa pun yang terjadi , nih aku nak share sikit petua yang boleh mengubat hati korang tu .. ( hati aku skali la .. hehe ... ) .. Cekidaut !!

1. Tarik Nafas
Ingat lagi bagaimana anda bersenam di waktu pagi semasa bersekolah dahulu? Ingat lagi bagaimana kita memulakan senaman dengan menarik nafas dengan kaedah yang betul? Gunakan teknik ini untuk mula mengosongkan fikiran anda.

2. Ambil Wudhuk
Mengambil wudhuk boleh menenangkan fikiran. Kembali kepada fitrah manusia dapat memantapkan lagi rohani kita dan air yang bersih boleh mengembalikan kita kepada fitrah kejadian. Air yang segar dapat memberi tenaga dan fokus yang diperlukan dan wajah akan pasti kembali ceria.


3. Tulis
Ada banyak perkara yang bermain di dalam fikiran anda. Anda perlu mengenalpasti apa sebenarnya yang anda fikirkan untuk membolehkan minda mengurus perkara-perkara ini. Cara yang paling mudah adalah dengan menulis satu-persatu apa yang anda sedang fikirkan. Jangan cuba untuk mengenalpasti kategori perkara-perkara ini dahulu, teruskan sahaja menulis.



4. Berkongsi Masalah
Jangan simpan permasalahan anda. Jika anda mempunyai kekasih atau seseorang yang penting dalam hidup anda, berkongsilah masalah anda dengan mereka. Mendengar masalah orang lain juga dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah anda sendiri. Kadang-kadang kita tidak sedar tentang sesuatu yang lebih baik sebagai jalan penyelesaian. Dengarlah dan berbicaralah dengan hati dan minda yang terbuka.

5. Cukup Rehat dan Tidur
Dengan memejamkan mata, atau memandang jauh ke arah kehijauan alam akan dapat memberi anda perasaan yang tenang. Tidur yang tidak cukup bermakna minda anda tidak mendapat rehat yang secukupnya. Sebab itu minda anda liar berfikir. Pejamkan mata untuk seketika di waktu rehat anda, atau keluar ambil angin dalam keadaan yang selesa dan positif.


6. Lepaskan
Anda risau tentang sesuatu? Anda rasa tidak puas tentang apa yang telah anda lakukan? Rasa marah? Berdendam? Tertekan? Cara yang paling mudah untuk mengosongkan fikiran yang berserabut adalah dengan mengalah dan melepaskan. Kita perlu menjadi seorang yang berjiwa mantap dan tegas dalam mengawal perasaan untuk membolehkan diri maju ke hadapan. Walaupun perasaan-perasaan ini adalah semulajadi, tetapi kebanyakannya adalah tidak menguntungkan.


Selamat Menenangkan Hati !


* photos taken from google image *
*artikel taken from http://wanitasihat.com *

Saturday, January 7, 2012

Semester Baru ..

Salam ...
Apa khabar kengkawan daan pembaca semua ( adakah pembacakah ?? ) hehe .. Masuk tahun baru ni ramai dalam kalangan adik-adik sayang saya dah bergelar mahasiswa .. Syok tak adik-adik ??
So semester baru ni aku dah masuk semester 4 hokey .. wahh !! sekejap je masa berlalu .. Aku still boleh ingat lagi waktu mula-mula nak daftar masuk CICT .. Tapi tak nak cerita pasal masuk CICT ... hehe ..

Sem 4 niyh subjek yang aku kena belajar pon tak banyak .. Hanya 6 subjek jer .. ( yer .. tak banyak .. sebelum ni 7 subjek .. coii ! kurang satu jer .. haha ) ... Ya ya ya .. Subjek yang aku belajar , colan-colannya ialah (eceh ) : -
  1. MALAYSIAN INDUSTRIAL RELATION : LAW & PRACTICE
  2. COMPANY LAW
  3. PERFORMANCE & APPRAISAL
  4. CAREER DEVELOPMENT
  5. PRINCIPLES OF ENTREPRENUESHIP
  6. INTERNATIONAL HUMAN RESOURCES
Sem ni jugak aku diamanatkan oleh kengkawan sekelas untuk menjadi Ketua Kelas a.k.a Tutor untuk kelas Keusahawanan dan di temani oleh MIN a.k.a Bobo Gray .. oh Jam ! haha .. INSYA ALLAH aku akan menjalankan tanggugjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin .. 

(ape lagi ek nak citer ?? erm .. erm .. tunggu lah next entry .. hehe .. )

babai ! SALAM .. !

Wednesday, January 4, 2012

Kraftangan ku !!

Salam ... ape kabo seme kengkawan ?? hehe ... Entri kali ni seperti yang dijanjikan , aku nak share antara kraftangan yang telah pon aku hasilkan selama aku cuti semester baru-baru ini .. ( tak santek jangan komen*** hahahahaha ... )


Hair clip ... hehe .. cantik tak ?? biase - biase je dulu sementara nak *PRO* (pro ke ?? ) hehehe ...
Bawah ni pon hair clip jugak tapi jenis aligator clip punyer .. 



ni lak sepit besar ..


ni pun hair clip jugak .. jenis yang bergigi tuh ( xtaw nama sepit tu ape .. heheh )



Handphone case for samsung ( model apo dok tahu ler teman ) temanya ANGRY BIRD !! ngehhh3!!! ( gelak cam angry bird keyh ) ... Bawah ni pulak handphone case for Nokia E63 / Nokia X2 dan sewaktu denganya ... Hardisk pon boleh masuk ...




Ni pulak DOMO  KUN ...



 Ni pulak Pencil Case bertemakan ANGRY BIRD ..

( front )
( Back )


 My latest kraftangan .. ID CARD HOLDER .. untuk kad matrix saya .. cute tak ?? cute tak ?? hehe ...



Insya ALLAH lepas ni saya akan merajinkan diri saya untuk menghasilkan pelbagai lagi kraftangan daripada kain flanel ini .. Best taw buat semua ni .. Jom la try .. Di samping boleh mengisi masa lapang anda yang tak der la nak lapang sangat kan .. hehe ... Sehingga berjumpa lagi .. 

P/S : Terima Kasih kepada sesiapa yang sudi membaca .. ^_^

Monday, January 2, 2012

4 Bintang untuk SMKB !!

Salam ... heyyo kengkawan .. ! Apa yang korang buat hari ni sempena cuti umum tahun baru 2012 ?? Korang dah tengok ke filem SUATU MALAM KUBUR BERASAP ?? hehe .. Aku dah gi tengok tadi .. Mula plan nak tengok cerita MISSION IMPOSSIBLE akan tetapi waktu yang ditayangkan tak mengizinkan pulak .. So aku pon tengok la citer SMKB ni ... Jom layan sinopsis citer SMKB ni dulu ...



  " ... Filem ini mengisahkan mengenai 3 orang sahabat kampung iaitu Atan, Bun, Pet dan seorang kawan bandar yang baru berkenalan iaitu Mie dimana selepas kereta Mie rosak dan tersangkut di kampung mereka.

   Atan (Angah) adalah seorang yang lurus bendul, rajin dan bekerja sebagai penggali kubur. Bun (Along) seorang kutu rayau yang gemar merempit dengan ‘kapcai’ dan Pet (Asrul) pula pemandu lori ayam yang sering bekerja lewat malam. Mie pula lakonan Zachery seorang lelaki yang kacak dari Kuala Lumpur, mula rapat dengan ketiga-tiga sahabat ini selepas keretanya rosak di kampung. Mie sudah bertunang dengan Lola. Sejak kedatangan Mie, pelbagai peristiwa pelik dan menakutkan berlaku. Watak Siti kemudian muncul menghantui tiga sahabat ini dan timbul pula kisah hantu Cempaka yang mewujudkan rasa seram di kampung itu.

   Sejak kedatangan Mie, berlakulah perkara-perkara yang suspens dan menakutkan bila Hantu Cempaka muncul apabila kuburnya mula mengeluarkan asap.


   Satu hari, setelah berkongsi cerita mengenai Hantu Cempaka, keempat-empat sahabat itu telah diusik. Apakah yang sebenarnya berlaku? Dari mana datangnya Hantu Cempaka? Apakah sebabnya mereka diusik? Apakah yang sebenarnya telah berlaku di Kampung Angan Tak Sudah? ... "

Komen aku untuk filem ni , memang superb! Segala babak- babak dramatik yang dorang paparkan memang dramatik sangat lah .. hehe .. Tambah-tambah babak seram dan babak yang suspen memang membuatkan aku suspen gile tahap 3 .. haha .. ( lagilah orang yang penakut hantu cam aku nih ! haha .. ) Jenuh la aku tutup mata tutup muka dengan segala kain yang ado .. Hantu dia keluar tak bagi salam kot .. hehe ... Sabaq ja laa ... 

Then banyak babak-babak yang lawak .. Sangat lawak hokey ... Orang sebelah aku pon pelik tengok aku gelak tak der brek .. haha .. Apa - apa pon pada kengkawan yang dah niat nak gi tengok tu teruskan lah perjalanan anda .. Pada yang tak sempat nak niat atau tak terniat tu niat lah cepat-cepat .. hahaha ...

sekian sahaja
p/s : pada yang penakut cam aku neyh ata cepat suspender tu , persiap sediakan diri anda untuk "dedejut" banyak kali ... hehe .. 

Sunday, January 1, 2012

Kelunakan Suara Si Perantauan ...

Salam .. heyyo kengkawan .. hari ni saya nak share my new pebret lagu yang sememangnya menjadi pebret berjuta-juta orang jugak ... hehe ... Pada sesiapa yang sangat tergila-gilakan Novel Ombak Rindu yang kini dah di filemkan  mesti beelari-lari nak pergi tengok wayang masa first day ditayangkan ... huhu .. Yang tak ingin nak tengok pom mesti layan jugakkan lagu 'rasmi' untuk filem Ombak Rindu kan ?? kan ?? baik ngaku cepat .. hik.. hik.. hik..

Jadi kat sini saya nak share Lagu Ombak Rindu nyanyian asal oleh Adira & Hafiz ... Tapi yang saya nak share kat blog saya ini adalah lagu nyanyian / ' cover ' daripada AJEK HASSAN ... Siapa Ajek Hassan tu ?? ha ! kalau yang tak tahu lagi meh cekidaut kat sini  ...

Dah bace kan ?? so jom cekidaut plak kelunakan suara nya yang boleh mencairkan hati mana-mana orang .. hehe .. Kat bawah video tu ade lirik ... jom karaoke ...


Lirik Lagu Ombak Rindu–Hafiz/Adira ( copy from : OMBAK RINDU )

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu ada rasa cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya tiba nanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


Kalau korang nak karaoke dengan sepuas hati , ade jugak versi akustik petikan gitar daripada Ajek Hassan sendiri ... cekidaut kat facebook official AJEK HASSAN atau di fanpage AJEK HASSAN  ... Selamat berjiwangan .. hehe .. babai ! Salam ...